Subscribe Twitter

Selasa, 26 April 2011

Alter pakaian - mengecilkan dada dan lengan kebaya


Pengubahsuaian untuk mengecilkan saiz ukurlilit dada dan lengan baju kebaya dilakukan oleh kami. Pengurangan saiz adalah sebanyak 1 inci. Mintak maaf kerana gambar tidah menggambarkan ukuran sebenar baju kerana kami tidak mempunyai tempat untuk menggantung baju.

Bahagian tepi kiri dan kanan baju pada mulanya ditetas, seterusnya bahagian lengan. Kemudian lebihan ukuran akan dipotong. Akhirnya baju dijahit semula mengikut ukuran yang ditentukan menggunakan gabungan mesin jahit lurus dan tepi.

Isnin, 25 April 2011

Tempahan pakaian - menjahit tudung scallop







 Akhirnya kesemua tudung scallop yang ditempah telah siap dijahit dan dikemaskan. Saiz tudung scallop yang ditempah adalah X dan XL dan terdiri dari pelbagai corak yang cantik.

Alter tudung - tambah diamond pada awning










Tuan punya tudung hendak menambah diamond yang bersesuaian pada awning tudung yang baru dibelinya. High quality diamond yang diperbuat di Austria digunakan.
Caj = RM5/sehelai tudung sahaja.

Sabtu, 23 April 2011

Tudung Lycra Pelangi Brown-Green


Kod Produk : TLP02 
Warna: Brown-Green
Fabrik : Lycra Pelangi
Fabrik Awning : Thai Silk
Harga : RM30
Saiz : S(1 helai) / M(2 helai)SOLD OUT

Tudung Lycra Printed Amber-Green


Kod Produk : TLR02
Warna: Amber-Green
Fabrik : Lycra Printed
Fabrik Awning : Thai Silk
Harga : RM30
Saiz : S(1 helai) / M(2 helai)SOLD OUT

Sabtu, 16 April 2011

Tempahan menjahit tudung










Elyanis Shoppe menerima tempahan menjahit tudung lycra printed. Pelanggan membekalkan fabrik awning dan tudung, kami hanya membekalkan kertas gam, menggunting dan menjahit tudung. Fabrik awning juga menggunakan fabrik yang sama. Gambar di atas menunjukkan pelbagai corak dan padanan warna awning dan tudung.

Rabu, 13 April 2011

Tempahan tudung scallop

Elyanis Shoppe menerima tempahan tudung scallop. Oleh kerana Elyanis Shoppe tidak pernah menjahit tudung jenis ini, pola-pola tudung scallop dilukis dan dipotong terlebih dahulu menggunakan kadbod. Kain tempahan dipotong mengikut pola dan dijahit secara jahitan lurus, jahit tepi dan 'coverstitch'. 

Alter awning tudung

Tudung ini pada asalnya menggunakan awning dari jenis kain yang sama dengan tudung dan mempunyai 'iron-on diamond' yang dilekatkan pada awning (seperti dalam gambar - bawah). Ubahsuai dilakukan dengan menggantikan awning asal dengan awning 'Thai Silk' dan tudung dijahit semula (gambar - atas).

Sabtu, 9 April 2011

Tudung Lycra Emboss Hitam


Kod Produk : TLE08
Warna: Hitam
Fabrik : Lycra Emboss
Fabrik Awning : Thai Silk
Harga : RM30
Saiz : S(2 helai) / M(2 1 helai)SOLD OUT

Jumaat, 8 April 2011

Tudung Lycra Emboss Pink


Kod Produk : TLE07
Warna: Pink
Fabrik : Lycra Emboss
Fabrik Awning : Thai Silk
Harga : RM25
Saiz : S(1 helai) / M(3 2 helai)

Selasa, 5 April 2011

Tudung Lycra Emboss Dark Red


Kod Produk : TLE06
Warna: Dark Red
Fabrik : Lycra Emboss
Fabrik Awning : Thai Silk
Harga : RM25
Saiz : S(2 helai) / M(2 helai)

Ahad, 3 April 2011

Alteration baju kurung - mengecilkan saiz antara bahu








Alteration untuk mengecilkan saiz bahu baju kurung sebanyak 1inci. Bahagian tepi baju kurung hingga ke bawah (dua-dua belah) dan juga 'sponge' dibuka serta dikecilkan untuk dipadankan kepada saiz bahu yang lebih kecil. Keduanya dijahit secara jahitan tepi 'overlock' dan jahitan lurus. Kemudian, bahagian bawah baju kurung dijahit menggunakan tangan.
Lihat perbezaan antara jahitan baru dan jahitan asal baju kurung.
Caj: RM6 / helai x 3 helai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...